Sunday, September 4, 2011

~As-Samadiah FamiLies~(hari keLuArGa 2011)

di bawah adalah gambar2 famili yang sempat dirakamkan pd perjumpaan baru-baru ini:

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Friday, September 2, 2011

~sneak preview Hari Keluarga As-Samadiah 2011~

bagi mengubat kerinduan,sementara gambar2 lain menyusul kendian...
Photobucket

~admin blog dan facebook~

alhamdulillah,pada majlis sambutan As-Samadiah yg ke 16 bebaru neh,telah dilancarkan blog dan facebook ini..
oleh itu adlh diharapkan setiap keluarga akan ada wakil utk saya jadikan sbg admin yang boleh upload apa2 sahaja cerita keluarga masing2 di blog ini antaranya gambar,artikel, pengumuman,dan apa sahaja untuk dikongsi bersama cucu cicit As-Samadiah.

oleh itu harap kerjasama semua keluarga sila bagi nama, email address(ini sgt penting), mentionkan dr keluarga siapa, tinggalkan alamat Facebook jika ada dan no telefon.
tinggalkan shj di bahagian komen di bawah..tidak perlu ramai bagi mengelakkan sebarang kesesakan, dsb..

thanks.

yop

p/s alamat FB--->sini

Thursday, August 18, 2011

~CARTA KELUARGA~

Photobucket

Photobucket

~surau As Samadiah sekarang~

surau ini asalnya adalah daripada binaan kayu dan papan..
namun ianya telah dibina semula oleh keluarga anak-anak moyang Samad yang tinggal dan hasilnya, sebuah surau batu telah dibina dengan cantik.
terletak di Air Papan Tanjung Tualang Perak, di mana kampung inilah arwah moyang Samad tinggal sekian lama.dan di sinilah lahirnya anak cucu beliau yang mengembangkan zuriat sehingga ke hari ini...

Photobucket

Photobucket

semoga jasa-jasa nenek moyang kita ini akan mendapat barakah sepanjang masa hingga akhir hayat kita, insyaAllah..

~kEnaLilah nEneK MoYaNg kiTa~

Photobucket
inilah gambar moyang kita iaitu Abdul Samad bin Maharaja Lebih

Photobucket
inilah gambar Maharaja Lebih

Sedikit Sejarah Lalu

Keluaga besar As Samadiah yang diambil nama sempena pengasas keluarga Abdul Samad bin Matan @ Maharaja Lebeh ( atau dikenali dengan Tok Samad) telah bertapak di Semenajung Malaysia selama lebih enam generasi.

Segalanya bermula bila Tok Samad mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tanah Melayu dari Bangkinang, Sumatra, Indonesia sekitar tahun 1890 setelah kematian ibu dan bapanya. Anak ketiga dari lima orang adik beradik ini memulakan penghijrahan ke Singapura diikuti ke Johor dan akhirnya sampai di negeri Perak pada usianya belasan tahun dengan hanya menaiki sampan dan tongkang. Di negeri Perak, Tok Samad telah menetap di beberapa kawasan seperti Teluk Intan, Sungai Kinta, Sengat dan akhirnya sampai ke Ipoh dan Batu Gajah sebelum bermastautin di Air Papan,Tanjung Tualang sekitar tahun 1928.

Tok Samad dilahirkan pada tahun 1880, berasal dari keluarga bangsawan dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berpengaruh. Bapanya, Matan atau gelarannya Maharaja Lebih, merupakan seorang bangsawan yang menjadi ketua/pengulu yang bergelar Datuk Maharaja di kampungnya. Ditempat kelahirannya, ramai ahli keluarga Tok Samad terdiri dari peniaga yang berjaya dan Tok Samad telah menyambung tradisi keluarga ini untuk berniaga semasa di Tanah Melayu. Antara bidang yang diceburinya adalah penternakan, pertanian dan juga tembakau.

Ketika di Sengat, Tok Samad menjalankan kegiatan menanam sireh, berternak dan perusahaan membekalkan kayu longkut-kacau iaitu sejenis kayu yang digunakan dalam perusahaan bijih timah. Aktiviti ini diteruskan di Ipoh dan Batu Gajah sehinggalah Tok Samad membuka sebuah kedai membeli getah di bandar tersebut.

Pada peringkat awal, Tok Samad hanya memborong getah secara kecil-kecilan. Namun berkat usaha dan ketabahannya, perusahaannya bertambah maju dan membesar. Sikap Tok Samad yang bijak dan pandai menarik pelanggan menjadi faktor utama kejayaannya sehinggalah Tok Samad menjadi seorang ahli perniagaan yang terkenal, berjaya dan dihormati oleh hampir keseluruhan penduduk di Batu Gajah. Sungguhpun begitu, Tok Samad tidak pernah sombong dan sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan kepada orang-orang susah dan yang memerlukan pertolongan. Maka tidak hairanlah jika Tok Samad mempunyai ramai sahabat handai.


Ketika di Batu Gajah, Tok Samad telah bertemu jodoh dengan Tok Uda Saerah yang merupakan anak seorang hartawan tempatan bernama Haji Ibrahim dan juga rakan niaga Tok Samad. Mereka dikurniakan 11 orang anak iaitu Mohd Ali, Kassim, Habibah, Fatimah, Rafeah, Jaafar, Abas, (tak tahu namanya), Zabedah, Md Tahir dan Teh.

Tidak lama selepas itu, Tok Samad telah berhjrah ke Tanjung Tualang dan kemudiannya Air Papan berikutan kerugian besar yang dialaminya akibat kejatuhan harga getah. Sikapnya yang sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa ini menjadikan beliau mencapai zaman kegemilangan perusahaannya sehinggakan kampung Air papan ini juga dikenali sebagai Kampung Abdul Samad. Perniagaannya bertambah pesat dalam bidang membekal kayu tongkat kacau, membuat tembakau, cerutu, lemuju, kicap dan lain lain.


Perusahaan Tok Samad yang terkenal ketika itu adalah tembakau minangkabau sehingga menjadi terkenal di seluruh negeri Perak. Untuk menghasilkan tembakau yang bermutu tinggi ini, Tok Samad mempunyai 'secret recipe' sendiri dan terdapat satu bilik khas (secret room) yang digunakan untuk ‘final touch’. Namun sayangnya, tiada siapapun dikalangan anak-anak dan cucu-cucu Tok Samad yang tahu secrets ini walaupun mereka bekerja dengan Tok Samad pada ketika itu.

bersambungggg......